Posts

Showing posts from January, 2019

Dapur - Sotong Rebus Serai

Image
Salam semua.. Harini saya nak share satu resepi yang "tersangatlah" simple. Pejam mata pun boleh buat. (ok, memain je 😅) Resepi ni memang favourite abah kat rumah. Bahan-bahan simple, cara nak buat simple, nak makan pun simple. Cuma kena rajin sikit pergi beli sotong lah kat pasar tu. Bahan-bahan lain memang mostly ramai dah ade dalam peti ais kan.  Okay, ni cara-cara nak buat dia. Selamat mencuba! Bahan-bahan: Sotong Serai (diketuk) Cili (dihiris) Bawang besar (dihiris) Garam Air Cara-cara: 1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk. Serius, masukkan je semua sekaligus. Air tu boleh agak-agak separas dengan bahan-bahan dalam periuk. Jangan lupa masukkan garam secukup rasa. 2. Rebus sehingga mendidih. 3. Taraaa! Siap untuk dihidangkan.  Simple je kan. Makan dengan nasi panas-panas sedap. Nak hirup kuah dia saja pun sedap dah. 😍

Dapur - Kangkung Goreng Belacan

Image
Assalamualaikum semua. Okay, kali ni saya nak share resepi Kangkung Goreng Belacan. Selalu kita order kat restoran luar. Lepas ni boleh dah nak buat kat rumah, boleh letak bahan-bahan banyak mana yang kita nak. Baru sedap kan. 😄 Bahan-bahan: Ikan bilis Sambal belacan Bawang Kangkung Garam secukup rasa Sedikit air Minyak masak untuk menumis Cara-cara: 1. Tumbukkan ikan bilis sehingga kasar-kasar. Masukkan bawang besar dan tumbuk sehingga sedikit hancur. 2. Panaskan sedikit minyak untuk menumis. Tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau. 3. Masukkan sambal belacan dan sedikit garam. Biarkan sehingga pecah minyak. 4. Masukkan sedikit air dan masukkan kangkung yang telah dibersihkan. *Tips: Masukkan batang sahaja dulu. Setelah lembut, baru masukkan kesemuanya. 5. Kacau-kacau supaya semua kangkung masak sekata. Hasilnya nanti tinggal sikit je sebab dah kecut. 😅 Okay, sekarang dah boleh hidang! Senang je kan. Lepas ni, tak payah order kat k...

Dapur - Cucur Jagung

Image
Assalamualaikum semua. Hujung minggu lepas, ada sedara yang pergi bercuti ke Cameron Highland. Katanya sekarang ni cuaca di Cameron Highland agak sejuk (mencecah 16C) almaklumlah sekarang ni kan musim hujan. Orang tak ramai sangat tapi katanya barang-barang jualan pun tak banyak ada, mungkin sebab haritu musim cuti sekolah ramai sangat yang bercuti di sana, habis semua stok. Nak kena kumpul balik lah sayur-sayuran, strawberry etc. Dan alhamdulillah rezeki saya, dia bawak balik Jagung Cameron & buah Strawberry sebagai buah tangan. Maka, alang-alang memang nak buat juadah berbuka, kita buat lah cucur jagung yang rasanya lama betul dah tak buat. Sedap jugak. Okay, ni resepi dia. Haritu terlupa nak ambik gambar. Ni dah buat second time, jadi kita update gambarnya lah ya. Ni memang mewah betul jagung ni. 😍 Resepi Cucur Jagung Bahan-bahan: 1 tongkol Jagung (diambil jagungnya) 2 cawan Tepung gandum 4 ekor Udang Hidup (optional) 1 sudu besar Cili Boh 1 sudu keci...

Travel - Sabah "Negeri Di Bawah Bayu"

Image
Assalamualaikum w.b.t. How are you doing everyone? I hope all of you are doing well in the Blessings of Allah. InsyaAllah for this post, I will be sharing with you guys regarding my recent family trip to Sabah. So, stay tuned because i will bring all of you together with me to fly to Kota Kinabalu, okay? 😄 Actually this trip is my second trip to Sabah. Previously, i went to Sabah with my parents exclusively for a holiday. For this trip, once again i went with my parents alone (acting as the only child 😋). However, we went to Sabah because my father has some business matter to settle. So, "alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan" right? 😎 After coming back from Sabah, I really wished that i could share with you the itinerary for Sabah Trip because i can say that holiday in Sabah is very amaaazinggg. That's why i wrote this entry for you. I have highlighted the interesting places to go. You can just browse through the entry if you want to know. W...

Dapur- Bihun Goreng Simple

Assalamualaikum semua! Harini rajin pulak rasanya nak menulis. Selepas beberapa lama dah tak menulis kan. Terpaksa lah. huhu... Banyak sebenarnya resepi yang "tertunggak" untuk dimuat naik tapi sibuk sikit baru-baru ni. Dua hari lepas baru balik daripada Da Lat, Vietnam. Subhanallah. Pemandangan dia cantik sangat-sangat. Suhu sejuk. Bunga yang bermacam-macam warna dan bentuk! 💗 InsyaAllah kalau berkesempatan, saya akan share pengalaman bercuti di Da Lat tu nanti. Doakan lah supaya rajin ya! =) Okay, untuk entri kali ni, saya nak share resepi Bihun Goreng "Biasa". Alah... yang warna oren tu. Resepi dia simple je rupanya mama ajar. Tapi macam biasa, gambarnya lupa diambil 😅. Lain kali kalau ada buat lagi, saya upload ya. Iya lah. Ramai orang, dia nak tengok hasilnya dulu, baru dia nak mencuba kan.. Saya faham... huhu.. Resepi Bihun Goreng Simple Bahan-bahan: Bihun (rendam sehingga lembut) *Cili Boh *Bawang putih *Udang Kering Udang Hidup/Ayam 1 cawan...

Dapur - Bayam Merah Masak Lemak

Image
Assalamualaikum & selamat tengah hari semua. *Perhatian, untuk posting resepi, saya akan gunakan bahasa Melayu untuk tulisan* 😉 Siapa sahaja yang datang ke rumah kami, baik kawan-kawan ibu ayah atau adik-beradik mesti tak terlepas daripada memuji masakan Mama kami. Jadi, saya rasa rugi lah kalau kesedapan tu tak direkodkan dan dikongsi dengan orang lain kan. Cumanya almaklumlah, orang dah berpengalaman, jadi kebanyakan masakan Mama mesti hanya mengunakan firasat ‘agak-agak’ untuk setiap ‘amount’ bahan-bahan yang digunakan 😅. Agak susah tapi kena lah cuba kan. Huhu... So, untuk kali ini, insyaAllah saya akan kongsikan resepi Bayam Merah Masak Lemak yang sangat simple. Sedap pulak bila makan dengan nasi panas-panas kan. Adik-adik kecik pun boleh cuba kalau nak. Tapi walaupun simple, tak bermakna tak sedap tau. 😁 Okay, ni resepi dia; Bayam Merah Masak Lemak Bahan-bahan: Bayam Merah (of coarse lah kan) Bawang besar Bawang putih Cili merah Udang ke...