Dapur - Bayam Merah Masak Lemak
Assalamualaikum & selamat tengah hari semua.
*Perhatian, untuk posting resepi, saya akan gunakan bahasa Melayu untuk tulisan* 😉
Siapa sahaja yang datang ke rumah kami, baik kawan-kawan ibu ayah atau adik-beradik mesti tak terlepas daripada memuji masakan Mama kami.
Jadi, saya rasa rugi lah kalau kesedapan tu tak direkodkan dan dikongsi dengan orang lain kan. Cumanya almaklumlah, orang dah berpengalaman, jadi kebanyakan masakan Mama mesti hanya mengunakan firasat ‘agak-agak’ untuk setiap ‘amount’ bahan-bahan yang digunakan 😅. Agak susah tapi kena lah cuba kan. Huhu...
So, untuk kali ini, insyaAllah saya akan kongsikan resepi Bayam Merah Masak Lemak yang sangat simple. Sedap pulak bila makan dengan nasi panas-panas kan. Adik-adik kecik pun boleh cuba kalau nak. Tapi walaupun simple, tak bermakna tak sedap tau. 😁
Okay, ni resepi dia;
Bayam Merah Masak Lemak
Bahan-bahan:
Bayam Merah (of coarse lah kan)
Bawang besar
Bawang putih
Cili merah
Udang kering
Santan
Garam
Cara-cara:
1. Rebuskan bawang besar, bawang putih dan udang kering bersama sedikit air.
2. Apabila telah mendidih, masukkan bayam merah yang telah dibasuh. Kacaukan supaya bayam masak dengan sekata.
3. Apabila bayam sudah masak, masukkan santan dan didihkan sekali lagi.
4. Masukkan garam dan cili merah.
Sedikit info tentang bayam ni. Mama kata bayam ialah antara sayur yang paling tak bersih 😵. So, sewaktu kita nak basuh dia, ken a basuh betul-betul supaya kotoran/pasir dia betul-betul hilang. Sebab tu kalau kita makan di kedai, kadang-kadang kita akan terasa seperti tergigit pasir sebab mungkin basuhan dia kurang bersih. Maklumlah, kedai/restoran ni jumlah masakan dia terlalu banyak jadi mungkin terlepas pandang.
Jadi, insyaAllah bila memasak di rumah, kita akan dapat kawal cara masakan terbaik untuk dinikmati oleh ahli keluarga kita.
Jadi, selamat mencuba!

Comments
Post a Comment