Dapur - Cucur Jagung
Assalamualaikum semua.
Hujung minggu lepas, ada sedara yang pergi bercuti ke Cameron Highland. Katanya sekarang ni cuaca di Cameron Highland agak sejuk (mencecah 16C) almaklumlah sekarang ni kan musim hujan. Orang tak ramai sangat tapi katanya barang-barang jualan pun tak banyak ada, mungkin sebab haritu musim cuti sekolah ramai sangat yang bercuti di sana, habis semua stok. Nak kena kumpul balik lah sayur-sayuran, strawberry etc.
Dan alhamdulillah rezeki saya, dia bawak balik Jagung Cameron & buah Strawberry sebagai buah tangan. Maka, alang-alang memang nak buat juadah berbuka, kita buat lah cucur jagung yang rasanya lama betul dah tak buat. Sedap jugak.
Okay, ni resepi dia. Haritu terlupa nak ambik gambar. Ni dah buat second time, jadi kita update gambarnya lah ya.
Resepi Cucur Jagung
Bahan-bahan:
1 tongkol Jagung (diambil jagungnya)
2 cawan Tepung gandum
4 ekor Udang Hidup (optional)
1 sudu besar Cili Boh
1 sudu kecil Gula
1 sudu kecil kunyit
Setangkai Daun Bawang/Daun Kucai
Sedikit Udang Kering (dibasuh & direndam di dalam air)
Sedikit Garam yang dibancuh bersama secawan air biasa
Minyak masak untuk menggoreng
Cara-cara:
1. Masukkan tepung gandum kedalam mangkuk.
2. Masukkan semua bahan-bahan (kecuali air garam).
3. Gaulkan sehingga semua bercampur.
4. Masukkan air garam sedikit demi sedikit sehingga bancuhan menjadi cair ikut kepekatan yang dikehendaki.
5. Gaul rata.
6. Panaskan minyak dalam kuali.
7. Jemputkan adunan cucur ke dalam minyak satu demi satu.
8. Kacau secara kerap supaya cucur masak secara sekata dan menjadi rangup di luar.
9. Angkat dan toskan.
Siap untuk dihidang!
Ada orang suka makan sahaja. Tapi kalau saya, saya suka cicah dengan dipping sauce Maepranom ni. Manis-manis pedas. Lagi ummph. Boleh cari kat mana-mana supermarket.
Selamat mencuba!

Ni memang mewah betul jagung ni. 😍

Dipping sauce Maepranom. Kalau tak silap saya, Restoran Johnny's punya
dipping sauce pun rasa dia sebijik macam ni. =)

Comments
Post a Comment