Dapur- Bihun Goreng Simple
Assalamualaikum semua!
Harini rajin pulak rasanya nak menulis. Selepas beberapa lama dah tak menulis kan. Terpaksa lah. huhu... Banyak sebenarnya resepi yang "tertunggak" untuk dimuat naik tapi sibuk sikit baru-baru ni. Dua hari lepas baru balik daripada Da Lat, Vietnam. Subhanallah. Pemandangan dia cantik sangat-sangat. Suhu sejuk. Bunga yang bermacam-macam warna dan bentuk! 💗 InsyaAllah kalau berkesempatan, saya akan share pengalaman bercuti di Da Lat tu nanti. Doakan lah supaya rajin ya! =)
Okay, untuk entri kali ni, saya nak share resepi Bihun Goreng "Biasa". Alah... yang warna oren tu. Resepi dia simple je rupanya mama ajar.
Tapi macam biasa, gambarnya lupa diambil 😅. Lain kali kalau ada buat lagi, saya upload ya. Iya lah. Ramai orang, dia nak tengok hasilnya dulu, baru dia nak mencuba kan.. Saya faham... huhu..
Resepi Bihun Goreng Simple
Bahan-bahan:
Bihun (rendam sehingga lembut)
*Cili Boh
*Bawang putih
*Udang Kering
Udang Hidup/Ayam
1 cawan Air
Sawi
Sedikit Garam
Sedikit Kicap Manis
Sedikit Cili Sos
Sedikit minyak untuk menumis
Daun Bawang (Optional)
Bawang Goreng (Optional)
Cili Merah (Optional)
(Kisar bahan yang bertanda * bersama-sama)
Kicap manis boleh digantikan dengan kicap masin & gula (tidak perlu tambah garam)
Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
2. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar.
3. Tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan udang/ayam.
5. Kacau sehingga sedikit kecut.
6. Masukkan air.
7. Masukkan kicap manis, cili sos dan garam.
8. Kacau sehingga mendidih.
9. Masukkan sawi dan kacau.
10. Akhir sekali masukkan bihun dan kacau sehingga rata.
11. Masak sehingga bihun lembut. Jika masih keras, boleh masukkan sedikit air panas.
Hidangkan dalam mangkuk yang cantik.
Taburkan di atasnya daun bawang, bawang goreng & cili merah. Percayalah, insyaAllah akan nampak lagi cantik dan menarik! 😍
Selamat mencuba!

Comments
Post a Comment