Dapur - Kangkung Goreng Belacan
Assalamualaikum semua.
Okay, kali ni saya nak share resepi Kangkung Goreng Belacan. Selalu kita order kat restoran luar. Lepas ni boleh dah nak buat kat rumah, boleh letak bahan-bahan banyak mana yang kita nak. Baru sedap kan. 😄
Bahan-bahan:
Ikan bilis
Sambal belacan
Bawang
Kangkung
Garam secukup rasa
Sedikit air
Minyak masak untuk menumis
Cara-cara:
1. Tumbukkan ikan bilis sehingga kasar-kasar. Masukkan bawang besar dan tumbuk sehingga sedikit hancur.
2. Panaskan sedikit minyak untuk menumis. Tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau.
3. Masukkan sambal belacan dan sedikit garam. Biarkan sehingga pecah minyak.
4. Masukkan sedikit air dan masukkan kangkung yang telah dibersihkan.
*Tips: Masukkan batang sahaja dulu. Setelah lembut, baru masukkan kesemuanya.
5. Kacau-kacau supaya semua kangkung masak sekata. Hasilnya nanti tinggal sikit je sebab dah kecut. 😅
Okay, sekarang dah boleh hidang! Senang je kan. Lepas ni, tak payah order kat kedai dah, boleh buat sendiri je kat rumah.
Okay, kali ni saya nak share resepi Kangkung Goreng Belacan. Selalu kita order kat restoran luar. Lepas ni boleh dah nak buat kat rumah, boleh letak bahan-bahan banyak mana yang kita nak. Baru sedap kan. 😄
Ikan bilis
Sambal belacan
Bawang
Kangkung
Garam secukup rasa
Sedikit air
Minyak masak untuk menumis
Cara-cara:
1. Tumbukkan ikan bilis sehingga kasar-kasar. Masukkan bawang besar dan tumbuk sehingga sedikit hancur.
2. Panaskan sedikit minyak untuk menumis. Tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau.
3. Masukkan sambal belacan dan sedikit garam. Biarkan sehingga pecah minyak.
4. Masukkan sedikit air dan masukkan kangkung yang telah dibersihkan.
*Tips: Masukkan batang sahaja dulu. Setelah lembut, baru masukkan kesemuanya.
Okay, sekarang dah boleh hidang! Senang je kan. Lepas ni, tak payah order kat kedai dah, boleh buat sendiri je kat rumah.




Comments
Post a Comment